Sejak penubuhannya pada 1995, visi Elken tetap berfokus pada
memperkaya kehidupan. Syarikat ini teguh mempertahankan falsafahnya, “Elken Menjayakan Anda untuk Menjayakan Bangsa”.
Di Elken, kami bersandarkan kepercayaan dan memelihara manusia, serta
membangunkan pelbagai aspek kehidupan mereka, termasuk kesihatan,
pembangunan PERIBADI, keyakinan, keteguhan kewangan, kerjaya dan
keluarga. Sebagai balasan, Ahli-ahli Elken terus berkongsi tentang
peluang ini dengan cara yang paling bermaknahttp://www.elken.com.
Sebagai salah satu syarikat jualan langsung terkemuka di Malaysia, Elken telah menjadi piawai teladan bagi kejayaan kelahiran tempatan. Elken
turut menubuhkan enam lagi tapak perniagaan yang kukuh di rantau Asia
Pasifik, iaitu di Hong Kong, India, Thailand, Indonesia, Brunei dan
Singapura.
Dengan konsep kesihatan dan kecantikan holistik yang
tersendiri, Terapi Pembaharuan Molekul (MRT) Elken menekankan empat
unsur hidup yang kritikal bagi mencapai kesihatan yang optimum:
pemakanan seimbang; pengambilan oksigen yang secukupnya; detoksifikasi
dan pelarasan kesihatan; sementara Konsep Kecantikan Menyeluruh Elken
pula memfokuskan penyerlahan kecantikan diri yang sejati dari hujung
rambut hingga hujung kaki, dari dalam hingga luar. Tidak lupa juga
rangkaian produk dan perkakasan isi rumah kami yang mesra alam, sesuai
dan memuaskan mereka yang mempunyai anak-anak kecil.
Syarikat ini turut membuka 8 cawangan di seluruh negara,
iaitu di Pulau Pinang, Seberang Jaya, Ipoh, Kuantan, Johor Bahru,
Kuching, Kota Kinabalu dan Kota Bharu. Baru-baru ini, kami telah
mengubahsuai kemudahan-kemudahan yang sedia ada ke taraf antarabangsa,
misalnya galeri kecantikan, ruang istirahat, kemudahan latihan serba
guna dan EK One, sebuah gedung runcit kemegahan sehenti di samping 100
lagi pusat stokis di seluruh Malaysia, sekali gus menyediakan tempat
bagi perkongsian kepakaran, saling belajar dan pemindahan kemahiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan